Tuesday, 19 February 2013

Nota Sains Tingkatan 1: BAB 2: SEL SEBAGAI UNIT KEHIDUPAN














1.2 Apa itu sel
Sel Haiwan

Pada tahun 1665, seorang ahli sains Inggeris yang bernama Robert Hooke (1635 - 1703) mengkaji kepingan nipis tisu tumbuhan dengan menggunakan mikroskop buatannya sendiri.

Dalam pemerhatiannya, Robert Hooke mendapati bahawa daripada kepingan tisu tumbuhan itu terdapat banyak bentuk seperti kotak-kotak halus (fine box-like shapes). Bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut mengingatkan beliau kepada bilik-bilik kurungan di dalam penjara yang dikenali sebagai 'sel'. Oleh itu, beliau menamakan bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut sebagai 'sel-sel' (cells).

Sel adalah unit yang paling asas kepada semua benda hidup. Sel juga adalah seperti sebuah kilang mikroskopik (microscopic factory) dimana ianya tempat beribu-ribu tindak balas kimia (chemical reactions) berlaku agar semua organisma terus kekal hidup.


Sel Haiwan



2.2 Bagaimana Sel Berfungsi

Setiap sel mempunyai nukleus. Nukleus mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai asid deoksiribonukleik (deoxyribonucleic acid, DNA). DNA adalah struktur yang menyimpan semua maklumat tentang aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi seluruh badan. Sesuatu sel perlu untuk mentafsir maklumat ini bagi mengetahui fungsi sebenarnya.



 Nukleus 

nukleus (nucleus) adalah bahan yang paling padat di dalam sel dan dilitupi oleh membran nukleus. Nukleus juga adalah pusat kawalan bagi sel. Nukleus mengandungi arahan kimia (chemical instructions) dalam bentuk DNA. DNA ini akan dibawa keluar dari nukleus melalui membran nukleus


Sel Haiwan

Sel haiwan (animal cell) adalah seperti beg kecil yang berisi air dan ianya adalah lembut. Sel ini dilitupi oleh lapisan yang telus (transparent) yang dikenali sebagai membran sel (cell membrane). Membran ini boleh menjadi lebam dan permukaannya adalah separa telap (permeable). Liang-liang halus yang terdapat pada permukaannya membenarkan hanya bahan-bahan kimia yang tertentu sahaja mengalir melaluinya. Nukleus adalah pusat yang mengawal semua aktiviti-aktiviti di dalam sel haiwan ini. Nukleus ini dipenuhi dengan bahan seperti agar-agar (jelly-like) dipanggil sitoplasma (cytoplasm). Sitoplasma mengandungi 'organ kecil' yang dipanggil organel-organel (organelles) dan setiap organel mempunyai fungsi-fungsi tertentu.





                    Sel Tumbuhan


Sel tumbuhan (plant cell) berbeza daripada sel haiwan dari segi 2 aspek. Selain dipenuhi dengan sitoplasma dan membran sel, sel tumbuhan mempunyai dinding sel selulosa (cellulose cell wall) dan mengandungi organel-organel yang dikenali sebagai kloroplas (chloroplast). Dinding sel bertindak sebagai lapisan pelindung kepada sel tumbuhan yang lembut. Kloroplas mengandungi klorofil (chlorophyll) yang membolehkan tumbuhan untuk melakukankan fotosintesis. Sel-sel tumbuhan mempunyai vakuol (vacuole) yang besar bagi menyimpan sap sel (cecair sel) untuk mengekalkan kesegaran setiap sel.

3.2 Organisma Unisel dan multisel


Organisma unisel

Organisma unisel (unicellular organisms) adalah organisma ringkas (simple organisms) yang terdiri daripada hanya satu sel (uni: satu: satu).

Organisma unisel dalam alam haiwan adalah protozoa, amoeba dan paramecium.

Organisma unisel dalam alam tumbuhan pula adalah pluerococcus, euglena, chlamydomonas dan yis.

Organisma unisel adalah sangat kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop (microscope), dengan itu organisma unisel juga dikenali sebagai mikroorganisma (microorganism).



Organisma multisel

Organisma multisel adalah organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel (multi: banyak: banyak).

Organisma multisel dalam alam haiwan adalah mamalia, amfibia, reptilia, burung, ikan dan beberapa haiwan kecil lain.

Organisma multisel dalam alam tumbuhan pula adalah lumut, alga, paku pakis dan kebanyakan tumbuhan yang berbunga.



9 comments:

  1. Salam perkenalan siti.Maklumat yang berguna kerana saya sedang mencari maklumat berkenaan dengan sel manusia umtuk produk saya.jemput datang blog saya semoga terjalin ukhwah..tq

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...banyak membantu saya...terima kasih.

    ReplyDelete
  3. allhamdulliah syepon begitu.bgus lh siti sains ni sme ae..padat nagn nota..TQ CIKGU SITI

    ReplyDelete
  4. allhamdulliah syepon begitu.bgus lh siti sains ni sme ae..padat nagn nota..TQ CIKGU SITI

    ReplyDelete
  5. tidak cukup maklumat mengenai sel dalam badan manusia , organ dan sbgnya . tpi nota perfect

    ReplyDelete
  6. Very helpful for me. Can get short form informations

    ReplyDelete